Thursday, 1 December 2011

Perkembangan Semasa Harga Emas (Pelaburan Emas)

Perkembangan Semasa Harga Emas (Pelaburan Emas)

Harga emas dan perak berada dalam trend yang menaik dalam pasaran tempatan berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa yang menunjukkan bahawa, harga akan terus menaik susulan daripada perkembangan yang berlaku di pasaran antarabangsa. Harga yang memuncak di pasaran antarabangsa adalah berikutan kejatuhan nilai Dolar Amerika, peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat, dan kenaikan harga minyak mentah.

Menurut Persatuan Pengedar-pengedar Emas dan Perak Nepal (Nepal Gold and Silver Dealers’ Association – NGSDA), pengangguran di Amerika Syarikat, kejatuhan nilai Dolar Amerika dan masalah-masalah lain di Amerika Syarikat menyumbang kepada pendakian harga bagi emas dan perak.

Pada minggu lepas, harga emas telah meningkat kepada USD1,533 se auns (31.1 gram) di pasaran antarabangsa di mana harga dibuka sebanyak USD1,520 se auns pada hari Ahad dan ditutup pada harga USD1,533 pada hari Jumaat. Walaubagaimanapun, harga emas telah menurun sedikit ke tahap USD1,500 se auns pada hari Selasa minggu lepas.

Di pasaran tempatan (Nepal), harga emas dibuka pada Rs.36,095 (+/- RM1,515) bagi 10 gram pada hari Ahad dan telah memecah rekod sejarah, iaitu mencapai Rs.36,395 bagi 10 gram pada hari Jumaat. Harga kemudiannya menurun kepada Rs. 35,795 bagi 10 gram pada hari Selasa.
Harga Emas pada 30 April 2010 di tahap +/- USD1180 se auns
Harga Emas pada 30 April 2011 di tahap +/- USD1540 se auns

Begitu juga perihalnya dengan perak, di mana harganya telah meningkat untuk ditutup pada Rs.1,157.50 bagi 10 gram menjadikannya satu pencapaian baru dalam sejarah. Harga perak dibuka pada hari Ahad sebanyak Rs.1,140 bagi 10 gram dan menurun kepada Rs.1,084 bagi 10 gram pada hari Selasa, minggu lepas.
Harga Perak pada 30 April 2010 di tahap +/- USD18.60 se auns
Harga Perak pada 30 April 2011 di tahap +/- USD49.00 se auns

Secara rumusannya, harga emas meningkat sebanyak Rs.300 setiap 10 gram manakala harga perak pula melonjak sebanyak Rs.17.50 bagi 10 gram sepanjang tempoh minggu tersebut.
Menurut situasi makro ekonomi berdasarkan data bagi bulan ke-lapan untuk tahun fiskal semasa, harga emas telah melonjak sebanyak 26.6% kepada USD1400.50 se auns di pertengahan bulan Mac berbanding tahun lepas.

Matawang Nepal, jika dibandingkan dengan USD, telah meningkat sebanyak 3.25% di pertengahan bulan Mac 2011 dari bulan Julai 2010. Ianya telah meningkat sebanyak 7.8% bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya (Julai 2009 hingga Mac 2010).

Kadar tukaran bagi satu USD bersamaan Rs.72.10 di pertengahan bulan Mac 2011 berbanding dengan Rs.74.44 di pertengahan bulan Julai 2010.

Begitu juga dengan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang telah meningkat sebanyak 38.8% kepada USD110.25 se tong pada pertengahan bulan Mac 2011 berbanding USD79.43 se tong pada pertengahan Mac 2010.

View the original article here

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...