Monday, 5 December 2011

Video Rahsia Pelaburan Emas

Koleksi video Rahsia Pelaburan Emas. Dapatkan tip-tip dan panduan tentang Emas dan Pelaburan. Mengapakan kita digalakkan untuk menyimpan emas sebagai salah satu medium pelaburan yang amat mengutungkan dalam jangka masa panjang. Emas! Pelaburan yang memberi pulangan yang lumayan.



Playlist at MixPod.com


Saturday, 3 December 2011

Potensi Emas Di Masa Hadapan (Pelaburan Emas)

Potensi Emas Di Masa Hadapan (Pelaburan Emas)

Harga emas dan logam bernilai yang lain (perak & platinum) adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan global. Dalam setahun atau dua tahun yang lepas, bekalan telah menyusut sementara permintaan terus meningkat tinggi, terutamanya oleh pembeli-pembeli di India dan China. Hasilnya, hala yang menaik dalam harga pasaran emas untuk jangkapanjang (harga emas turun dan naik dalam masa singkat).
Hari ini, harga emas ditutup lebih dari USD1800 bagi setiap auns (1 auns = 31.1gram). Pada hanya setahun yang lepas, harga emas adalah lebih kurang USD1161 se-auns manakala, lima tahun yang lepas, ianya hanya berharga pada USD561 se-auns. Pelabur-pelabur yang telah membeli emas pada bulan Jun 2006, telah memperolehi pulangan yang mantap dalam pelaburan mereka. Graf Logam KITCO seperti dibawah menunjukkan prestasi emas dalam tahun-tahun yang lepas.

Sementara tiada sesiapa pun yang yakin 100% bahawa harga emas dan logam-logam bernilai yang lain akan terus melambung pada kadar ini, kebanyakan cendikiawan dalam bidang kewangan dan ramai pedagang komoditi beranggap bahawa harga emas akan terus utuh. Ramai penganalisa yang disegani juga percaya bahawa emas akan naik ke tahap USD1700 se auns pada 2011 atau awal 2012, namun, lihat sahaja sekarang, harga emas telah pun mencapai USD1800 malah telah mencipta rekod baru USD1900++ se auns pada beberapa minggu yang lepas.

Para penganalisa tersebut menyatakan dua pendapat untuk menyokong analisa mereka. Pertamanya, lombong-lombong emas yang baru tidak berupaya untuk menyediakan bekalan yang cukup untuk kegunaan dan permintaan global kerana pada kebiasaannya, lombong-lombong tersebut akan mengambil masa dari 5 hingga 7 tahun untuk matang untuk berupaya menyumbang kepada produksi yang secukupnya. Selain itu, keadaan kewangan dunia yang bercelaru dan ramai yang bersetuju bahawa ianya tidak akan pulih dalam masa beberapa tahun akan datang juga menyumbang kepada kenaikan harga emas dan perak.
Jika demikian keadaannya, emas, perak dan platinum adalah satu pelaburan yang selamat dan menguntungkan dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang berikutan nilai intrinsiknya serta trend harga yang menaik.

Emas telah terbukti sebagai satu pelindung kekayaan yang berkesan sebagai ‘tempat persinggahan’ yang selamat pada masa ketidakstabilan politik dan kewangan. Kemungkinan besar (malah telah terbukti) bahawa pelabur emas hari ini adalah lebih cenderung untuk mengaut lebih keuntungan dari emas berbanding asset lain dalam bentuk wang kertas yang mereka miliki.

View the original article here

Friday, 2 December 2011

Elak Tertipu Beli Emas (Pelaburan Emas)

Elak Tertipu Beli Emas (Pelaburan Emas)

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k. Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain. Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena. Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu. Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu. Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah. Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70. Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas. Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas. Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000. Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik. Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun. Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank. Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan. Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian. Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas. Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan. Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun. Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri. Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri. Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung. Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan. Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

View the original article here

Thursday, 1 December 2011

Perkembangan Semasa Harga Emas (Pelaburan Emas)

Perkembangan Semasa Harga Emas (Pelaburan Emas)

Harga emas dan perak berada dalam trend yang menaik dalam pasaran tempatan berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa yang menunjukkan bahawa, harga akan terus menaik susulan daripada perkembangan yang berlaku di pasaran antarabangsa. Harga yang memuncak di pasaran antarabangsa adalah berikutan kejatuhan nilai Dolar Amerika, peningkatan kadar pengangguran di Amerika Syarikat, dan kenaikan harga minyak mentah.

Menurut Persatuan Pengedar-pengedar Emas dan Perak Nepal (Nepal Gold and Silver Dealers’ Association – NGSDA), pengangguran di Amerika Syarikat, kejatuhan nilai Dolar Amerika dan masalah-masalah lain di Amerika Syarikat menyumbang kepada pendakian harga bagi emas dan perak.

Pada minggu lepas, harga emas telah meningkat kepada USD1,533 se auns (31.1 gram) di pasaran antarabangsa di mana harga dibuka sebanyak USD1,520 se auns pada hari Ahad dan ditutup pada harga USD1,533 pada hari Jumaat. Walaubagaimanapun, harga emas telah menurun sedikit ke tahap USD1,500 se auns pada hari Selasa minggu lepas.

Di pasaran tempatan (Nepal), harga emas dibuka pada Rs.36,095 (+/- RM1,515) bagi 10 gram pada hari Ahad dan telah memecah rekod sejarah, iaitu mencapai Rs.36,395 bagi 10 gram pada hari Jumaat. Harga kemudiannya menurun kepada Rs. 35,795 bagi 10 gram pada hari Selasa.
Harga Emas pada 30 April 2010 di tahap +/- USD1180 se auns
Harga Emas pada 30 April 2011 di tahap +/- USD1540 se auns

Begitu juga perihalnya dengan perak, di mana harganya telah meningkat untuk ditutup pada Rs.1,157.50 bagi 10 gram menjadikannya satu pencapaian baru dalam sejarah. Harga perak dibuka pada hari Ahad sebanyak Rs.1,140 bagi 10 gram dan menurun kepada Rs.1,084 bagi 10 gram pada hari Selasa, minggu lepas.
Harga Perak pada 30 April 2010 di tahap +/- USD18.60 se auns
Harga Perak pada 30 April 2011 di tahap +/- USD49.00 se auns

Secara rumusannya, harga emas meningkat sebanyak Rs.300 setiap 10 gram manakala harga perak pula melonjak sebanyak Rs.17.50 bagi 10 gram sepanjang tempoh minggu tersebut.
Menurut situasi makro ekonomi berdasarkan data bagi bulan ke-lapan untuk tahun fiskal semasa, harga emas telah melonjak sebanyak 26.6% kepada USD1400.50 se auns di pertengahan bulan Mac berbanding tahun lepas.

Matawang Nepal, jika dibandingkan dengan USD, telah meningkat sebanyak 3.25% di pertengahan bulan Mac 2011 dari bulan Julai 2010. Ianya telah meningkat sebanyak 7.8% bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya (Julai 2009 hingga Mac 2010).

Kadar tukaran bagi satu USD bersamaan Rs.72.10 di pertengahan bulan Mac 2011 berbanding dengan Rs.74.44 di pertengahan bulan Julai 2010.

Begitu juga dengan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang telah meningkat sebanyak 38.8% kepada USD110.25 se tong pada pertengahan bulan Mac 2011 berbanding USD79.43 se tong pada pertengahan Mac 2010.

View the original article here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...