Saturday, 3 December 2011

Potensi Emas Di Masa Hadapan (Pelaburan Emas)

Potensi Emas Di Masa Hadapan (Pelaburan Emas)

Harga emas dan logam bernilai yang lain (perak & platinum) adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh bekalan dan permintaan global. Dalam setahun atau dua tahun yang lepas, bekalan telah menyusut sementara permintaan terus meningkat tinggi, terutamanya oleh pembeli-pembeli di India dan China. Hasilnya, hala yang menaik dalam harga pasaran emas untuk jangkapanjang (harga emas turun dan naik dalam masa singkat).
Hari ini, harga emas ditutup lebih dari USD1800 bagi setiap auns (1 auns = 31.1gram). Pada hanya setahun yang lepas, harga emas adalah lebih kurang USD1161 se-auns manakala, lima tahun yang lepas, ianya hanya berharga pada USD561 se-auns. Pelabur-pelabur yang telah membeli emas pada bulan Jun 2006, telah memperolehi pulangan yang mantap dalam pelaburan mereka. Graf Logam KITCO seperti dibawah menunjukkan prestasi emas dalam tahun-tahun yang lepas.

Sementara tiada sesiapa pun yang yakin 100% bahawa harga emas dan logam-logam bernilai yang lain akan terus melambung pada kadar ini, kebanyakan cendikiawan dalam bidang kewangan dan ramai pedagang komoditi beranggap bahawa harga emas akan terus utuh. Ramai penganalisa yang disegani juga percaya bahawa emas akan naik ke tahap USD1700 se auns pada 2011 atau awal 2012, namun, lihat sahaja sekarang, harga emas telah pun mencapai USD1800 malah telah mencipta rekod baru USD1900++ se auns pada beberapa minggu yang lepas.

Para penganalisa tersebut menyatakan dua pendapat untuk menyokong analisa mereka. Pertamanya, lombong-lombong emas yang baru tidak berupaya untuk menyediakan bekalan yang cukup untuk kegunaan dan permintaan global kerana pada kebiasaannya, lombong-lombong tersebut akan mengambil masa dari 5 hingga 7 tahun untuk matang untuk berupaya menyumbang kepada produksi yang secukupnya. Selain itu, keadaan kewangan dunia yang bercelaru dan ramai yang bersetuju bahawa ianya tidak akan pulih dalam masa beberapa tahun akan datang juga menyumbang kepada kenaikan harga emas dan perak.
Jika demikian keadaannya, emas, perak dan platinum adalah satu pelaburan yang selamat dan menguntungkan dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang berikutan nilai intrinsiknya serta trend harga yang menaik.

Emas telah terbukti sebagai satu pelindung kekayaan yang berkesan sebagai ‘tempat persinggahan’ yang selamat pada masa ketidakstabilan politik dan kewangan. Kemungkinan besar (malah telah terbukti) bahawa pelabur emas hari ini adalah lebih cenderung untuk mengaut lebih keuntungan dari emas berbanding asset lain dalam bentuk wang kertas yang mereka miliki.

View the original article here

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...